Quotes

  • IKHLAS adalah Kepasrahan, bukan mengalah apalagi menyerah kalah

  • Solusi untuk setiap masalah adalah dengan Sabar dan Istighfar

  • Kesalahan terburuk kita adalah tertarik pd kesalahan orang lain

  • “Hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Q,S Yusuf: 86)

  • Kegelisahan akan hilang saat shalat dimulai

RESOLUSI SEMINAR ANTARABANGSA GERAKAN SYI'AH DAN KESANNYA TERHADAP DUNIA ISLAM - Malaysia Kegiatan ANNAS



22/04/2016, Catatan kecil dari K.H. Athian Ali M. Da’i, Lc. MA. Ketua Aliansi Nasional Anti Syiah (ANNAS) Pusat selaku Pembicara dan Peserta gelaran SEMINAR ANTARABANGSA GERAKAN SYIAH DAN KESANNYA TERHADAP DUNIA ISLAM yang diselenggarakan oleh Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allied Coordinating Committee of Islamic NGO(ACCIN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). :

Bismillah. Ini Resolusi yg dihasilkan seminar kemarin. Alhamdulillah beberapa usulan saya  khususnya di point 10 agar ada ANNAS Malaysia masuk, tinggal penjabaran dari resolusi yang akan dipertajam dalam pertemuan meja bulat pagi ini. Mohon do'anya.

 







Suasana sebelum pertemuan meja bulat. Hanya diikuti oleh pembicara seminar dan 50 utusan khusus.

RESOLUSI SEMINAR ANTARABANGSA GERAKAN SYI’AH DAN KESANNYA TERHADAP DUNIA ISLAM :

 

Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS16)

 

Segala puji kepada Allah yang Maha Berkuasa, Selawat Allah dan Salam-Nya ke atas Rasulullah, keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikut jejak langkah mereka dengan ihsan.

Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS16) yang telah berlangsung pada 21 April 2016 bersamaan 14 Rejab 1937H di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah membuat resolusi seperti berikut :

  1. SGS16 menegaskan sokongan terhadap fatwa-fatwa berkaitan Syiah yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di Malaysia seperti Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa negeri-negeri, bahawa ajaran Syiah adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
  2. Bahaya Syiah bukan semata-mata mengancam akidah umat Islam, bahkan membawa ancaman keselamatan kepada negara umat islam yang berpegang kepada akidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah, seperti yang sedang berlaku di beberapa buah negara umat Islam mutakhir ini.
  3. Pendedahan mengenai kesesatan dan bahaya Syiah perlu diperdebatkan melalui pelbagai medium pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan tinggi, khutbah jumaat, diskusi ilmiah, kuliah-kuliah di masjid dan sebagainya.
  4. Pendedahan tentang bahaya dan kesesatan Syiah juga perlu diperluaskan melalui pelbagai media, seperti radio, televisyen, internet, media-media sosial, karya-karya seni dan sastera seperti novel, kartun, drama dan sebagainya.
  5. Pendedahan tentang penyelewengan dan bahaya ajaran Syiah perlu diserapkan ke dalam kurikulum yang dipelajari di setiap peringkat institusi pendidikan negara.
  6. Pemantapan akidah Ahlus-Sunnah adalah salah satu cara yang paling utama untuk menghadapi serangan dan perkembangan Syiah di dunia Islam terutamanya dalam kalangan masyarakat awam.
  7. Undang-undang di setiap negara umat Islam perlu diperkukuhkan dengan menambah peruntukan khusus untuk menjaga kesucian akidah umat. Contohnya peruntukan berkaitan dengan kesesatan Syiah dan sekatan ke atas penyebarannya.
  8. Usaha untuk mendekatkan (taqrib) di antara ajaran Islam seperti yang difahami oleh Ahlus-Sunah wal-Jamaah dan ajaran Syiah adalah suatu usaha yang terbukti sia-sia dan tidak mungkin berlaku kerana perbezaan kedua-dua aliran ini adalah di peringkat usul dan pokok akidah serta perbezaan di dalam sumber rujukan utama. Bahkan taqrib Sunni-Syiah ini didapati telah menjadi alat dan peluang kepada Syiah untuk melancarkan dakyah mereka kepada pengikut Sunni.
  9. Usaha untuk mendepani gerakan dan penyebaran ajaran Syiah adalah tanggungjawab umaat dan perlu dilakukan bersama secara bersepadu dan tersusun melalui kerjasama pihak berkuasa, pembuat dasar, badan-baan bukan kerajaan, institusi pendidikan, pakar-pakar, serta segenap lapisan masyarakat.
  10. Sebuah badan yang berperanan sebagai sekretariat penyelerasan bagi semua pihak-pihak yang mendepani ancaman Syiah di peringkat nasional, regional dan antarabangsa, perlu ditubuhkan.
  11. Sebuah pusat sumber dan kajian tentang Syiah yang mengkaji dan menjawab syubhah-syubhah dan keraguan yang dimainkan oleh Syiah juga perlu diwujudkan.
     

 

Dikutip dari             : ANNAS

Penulis                   : K.H. Athian Ali Moh. Da’i, Lc., MA
 

Jika artikel ini bermanfaat, silahkan share.  Lets change the world together saudaraku !...


 



Comments